03 Aug
03Aug

Pn Zaharah Sulaiman seorang ahli akedemik, penulis dan penyelidik Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia yang banyak menulis dan bercakap mengenai isu tanah rizab Melayu dan perbagai isu berkaitan...


Jangan pertikai tongkat bumiputera kerana migran yang diberikan tongkat  dahulu. Sambutan ulang tahun kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu kali ini agak mencabar kerana ia ditengah tiupan pertikaian bersendalkan isu kaum dan sedikit meleret ke agama.

 Namun sebagai masyarakat matang seharusnya kena berdepan semua ini dengan fakta demi melangkah ke depan bukanm hanya penafian menipu diri. Kena diakui pembinaan ketamadunan bukan sekadar cabaran langkah ke depan namun ia juga harus berani menoleh jejak yang ditinggalkan di belakang.Sebagai ulang kaji awal semua harus diingatkan 31 Ogos 1957 ialah tarikh pengistiharaan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang ditandakan dengan Dokumen Pengistiharaan Kemerdekaan yang tertulis asalnya dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dalam tulisan jawi dan Bahasa Inggeris dalam tulisan rumi. 

Ia ditulis dalam tulisan jawi kerana jawi ialah tulisan asal Bahasa Melayu itu sendiri. Siapa yang menyebut tiada istilah “Tanah Melayu” bukan sahaja buta sejarah tetapi cuba menipu sejarah tanahir sendiri. Untuk memahami sejarah Persekutuan Tanah Melayu tidak perlu menyelusuri sejarah negara sejauh penjajahan pertama Melaka 1511 oleh angkatan perang Portugis yang dipimpin Alfonso de Alburquerqe. Cukup sekadar meneliti bermula dari sejarah Malayan Union. Setelah tamat perang dunia ke dua Empayar Great Britain ditamatkan. 

Ia hampir sama dengan akhir perang dunia pertama yang mana menyaksikan Empayat Othmaniah ditamatkan sekitar 1919.Untuk terus memegang tanah jajahan, Edwerd Gent telah mencadangkan British untuk mengistiharkan Malayan Union. Pada 1 April 1946, Malayan Union diistiharkan dengan semua raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan kerana diugut oleh Harold Mac Michael. 

Di bawah Malayan Union, tanahair ini akan kekal menjadi ‘jajahan’ British dimana hampir semua aspek pentadbiran dan hasil negara terus dikawal British seperti Scotland dan Ireland manakala Raja – Raja Melayu hanya akan jadi boneka alat istiadat semata. Ini mendapat tentangan hampir semua orang Melayu dan segelintir kaum migran pada ketika itu. Ini telah melahirkan Umno pada Mei 1946 di perkarangan Istana Johor. 

Perlu diakui wujud beberapa organisasi gerakan massa rakyat yang telah melipat gandakan usaha perlawanan ketika itu dengan tema “MERDEKA’ namun Umno ketika itu ditubuhkan hanya untuk melawan Malayan Union.

Tidak tahan dengan asakan perlawanan rakyat maka 31 Januari 1948 melalui satu jawatankuasa khas yang dianggotai perbagai pihak telah dilahirkan Blue Book setebal 100 mukasurat mengandungi kesepakatan bagi menamatkan Malayan Union dengan melahirkan Persekutuan Tanah Melayu. Peristiharan Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi 9 negeri dan 2 tanah penempatan British secara rasminya pada 1 Febuari 1948.Inilah tapak negara merdeka 1957. Dalam Persekutuan Tanah Melayu kerakyatan terdiri dari beberapa kategori. Kategori pertama ialah orang Melayu yang menjadi rakyat kepada raja dan sultan. Orang British yang lahir dan bermastautin di Pulau Pinang dan Melaka.

 Semua rakyat sewajibnya bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan budaya serta adat Melayu dalam kehidupan seharian. Selain itu hanya warga ‘migran’ bukan warga negara.Gerakan menuntut kemerdekaan diperhebat dari perbagai kelompok termasuk kelompok kiri. Akibat tekanan akhirnya British telah terpaksa memberikan kemerdekaan atas rundingan Tunku Abdul Rahman dan beberapa pemimpin lain. 1957 pada bulan Ogos Persekutuan Tanah Melayu telah merdeka. 

Perlu diingat ketika inilah sistem kewarganegaraan seperti hari ini diterima pakai, dimana orang Melayu dan kaum peribumi lain yang menjadi rakyat raja sebelum ini menjadi warganegara bumiputera sebagai balasanya kelompok ‘migran’ diterima sebagai warga negara bukan bumiputera. 

Pada kebanyakan kelompok kiri khususnya angkatan bersenjata melihat kemerdekaan ketika itu sebagai kemerdekaan rundingan atau kemerdekaan separuh masak, kemudian telah menggunakan pengistiharaan kemerdekaan ini sebagai inspirasi menggandakan perlawanan bukan sahaja di Persekutuan Tanah Melayu malah di Borneo dan Singapura. British yang khuatir dengan kelompok kiri yang semakin mendapat simpati penduduk setempat telah keluar dengan idea pembentukan Malaysia. 

1961 kali pertama Persekutuan Tanah Melayu telah ditukar nama sementara kepada Persekutuan Malaysia ke arah pembentukan Malaysia. 9 Julai 1963 Sarawak telah diberi kemerdekaan, 31 Ogos 1963 Utara Borneo yang kemudian dikenali sebagai Sabah telah diberi kemerdekaan oleh British begitu juga Ogos 1963 Singapura diberi kemerdekaan. Kemudian pada 16 September 1963 telah dibentuk Persekutuan Malaysia secara rasmi di mana dianggotai oleh Persekutuan Tanah Melayu, Utara Borneo (Sabah), Sarawak dan Singapura di mana asas perlembagaan mendirikan negara antaranya tercatat Islam sebagai agama rasmi Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, hak Imigresen Sabah dan Sarawak terus kekal bawah penguasaan masing masing dan warga negara terbahagi kepada dua iaitu Bumiputera yang terdiri dari peribumi dan bukan bumiputera iaitu bukan pribumi yang berasaskan kelompok migran yang diterima warganegara ketika Persekutuan tanah Melayu Merdeka.

Jika menelusuri jejak sejarah ini jelas taraf bumiputera itu bukan keistimewaan tetapi hak atas pengorbanan kelompok peribumi untuk sama memberi ruang kepada semua manusia di tanah air ini bagi sama membina negara. Kemudian hari ini ada pula yang tidak faham dengan mempertikaikan ‘keistemewaan’ Bumiputera sebagai tongkat yang tidak patut sedangkan mereka bukan bumiputera tidak mendapat tongkat terpaksa bersusah payah.Tahukah anda ‘tongkat’ yang ada hari ini ialah kerana ketidak seimbangan ekonomi  hasil dari tongkat yang diberikan kepada kelompok migran satu ketika dahulu. 

Merujuk pendedahan Dr. Zaharah Sulaiman, Penyelidik Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia (IAAM) pernah menyatakan mengenai penemuan dokumen belanjawan Persekutuan Tanah Melayu 1952 dibawah British dimana kelompok migran diberikan peruntukan khas sebanyak seratus juta matawang British ketika itu bagi ‘pembangunan’ migran khususnya yang dari dari Tanah Besar China. (100 juta matawang British ketika itu mungkin sama nilai RM10 Biliion hari ini) . 

Mungkin ketika itu British memikirkan kaum migran menjadi kelompok buruh dan dipaksa datang bekerja di tanahair ini ketinggalan maka perlu diberikan ‘tongkat istimewa’. Maka dibina serta dibangunkan kampung baru Cina dengan perbagai fasiliti dan sekolah. Sedangkan di kampung kampung Melayu terus tertinggal tanpa peruntukan khas.1953 direkodkan 1 juta keluarga migran dari Tanah Besar China diberikan hak tanah yang kebanyakannya bertaraf pajakan 99 tahun. 

Tanah kelompok Migran ini dikawasan strategik dan ada yang bertaraf Bandar atau sekurang kurangnya pecan punya nilai kormersial. Malah ada yang membuka ladang, lombong dan perbagai aktiviti ekonomi lain. Pada ketika yang sama orang Melayu masih kekal ramai tidak punya tanah dan kebanyakan yang punya tanah pula di kampung terhad kepada aktiviti penanaman padi sahaja. Kebanyakan kampung Melayu masih lemah dari aspek dokumen tasi serta tidak punya nilai kormersial. Tanah – tanah kelompok migran tinggi nilai kormersial serta lengkap dokumentasi telah disandarkan kepada Bank ketika itu OCBC dan HSBC. 

Dengan nilai tunai yang mereka ada mereka telah mulakan tapak perniagaan yang menjadi asas kukuh hingga hari ini.Maka impilakasi inilah yang mencorakkan sosio sosial dan ekonomi seperti hari ini. Bukan Melayu atau Bumiputera malas tapi asas pembentukan negara sudah ditandakan dengan permulaan sosio ekonomi berat sebelah kerana sistem tongkat yang dibuat British memberikan keistimewaan kepada kelompok migran.

Apabila akses ekonomi semakin mengecil kepada kelompok majoriti mana mana negara maka pastinya mengakibatkan ‘perlawanan atau protes’. Akibatnya 13 Mei 1969 tercetus, asasnya bukan pertembungan kaum atau politik semata tetapi ia pertembungan asas sosio ekonomi yang tidak adil. Maka Dasar Ekonomi Baru dihasilkan oleh Tun Razak. Namun DEB telah disabotaj oleh kelompok elit peniaga yang rapat dengan ahli politik maka DEB separuh berjaya. 

DEB diwarnakan dengan korupsi dan kronisma. Hari ini dalam era Malaysia Baru selepas kerajaan warisan British dikalahkan. Namun dimana kita berada ? Kita masih tidak keluar dari neratif dogengan yang sama. Kita perlu berani jujur dengan keadaan semasa dan asas sejarah yang sama kita lalui. Jangan hanya hidup dalam penafian hanya untuk raih porpulariti politik, jangan ada yang bercakap tidak ada istilah Tanah Melayu. Jangan ada yang bercakap Bumiputera dan tongkat keistimewaan namun sedar hakikat sejarah, menginsafi kedudukan hari ini serta bersama saling hormati demi bina negara bersama.

Keadaan makin parah bila ada kelompok dalam Kementerian Kewangan sedang menjual aset yang mana siri penjualan aset dan kepentingan ini saling tak tumpah seperti siri pembunuhan angsa bertelur emas. Lagi tenat apabila tangan ghaib sedang menyusun kelompok tertentu untuk menguasai kepentingan negara.

- Cg Bard - 

Comments
* The email will not be published on the website.